Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox                                                                                                                       Pilih Bahasa>>ENGLISH
 
   
 
 

TERBARU!!

PERKHIDMATAN YANG DI TAWARKAN
POLIS DI RAJA MALAYSIA
Maklumat Saman & Pembayaran

BORANG MUAT TURUN

    E-TUNAI-Permohonan Baru/Borang Tambah Nilai
    Tempahan JPJ
    e-Insolvensi
    Pembaharuan CDL / Pemohonan LDL
    Pembaharuan Cukai Jalan
    (Klik untuk memilih)

PAUTAN LAIN

SEJARAH

 

 

Menyingkap tabir sejarah, mySPEED telah diwujudkan pada 23 November 1998 dan dikenali sebagai Perkhidmatan Sistem Elektronik Bersepadu Sdn Bhd. Mulai 7 Julai 2000 kami dengan rasminya telah didaftarkan sebagai mySPEED.com Sdn Bhd. Kami juga telah mendapat pengiktirafan status MSC pada 21 Ogos 2000 yang mana sekali gus membolehkan kami beroperasi dengan insentif tanpa cukai melalui infrastruktur Aplikasi Perdana MSC yang berdaya maju.

Sejajar dengan peruntukan perkhidmatan Kerajaan Elektronik, kami telah menyediakan pelbagai saluran penyampaian kepada pengguna. Perjanjian konsesi antara mySPEED dengan Kerajaan Malaysia telah bermula pada 23 MEI 2000 dan melalui konsesi kerajaan tersebut mySPEED akan menyediakan E-Khidmat untuk setiap agensi yang berikut:

     1. Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ)
     2. Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
     3. Dewan Bandraya Kuala Lumpur (DBKL)
     4. Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM)
     5. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
     6. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
     7. Telekom Malaysia Berhad (TMB)

Objektif projek E-Khidmat adalah untuk membolehkan rakyat Malaysia melayari internet khususnya E-Khidmat melalui satu pusat sehenti daripada pelbagai saluran penyampaian elektronik. Projek seumpama ini adalah berdasarkan konsep Kerajaan kepada Rakyat “G2C” dan bersasarkan khidmat Kerajaan yang lebih berkualiti, efektif dan produktif.

 

 

MISI KAMI

 

Menjadi penyedia E-Khidmat yang terpilih untuk orang awam berinteraksi antara agensi kerajaan, komuniti dan perniagaan

 

NILAI KAMI

 

Simple, Pleasant, Efficent, Effective, Dependable

 

 

 

 
 
Segala logo dan tanda perdagangan yang terdapat di dalam halaman ini adalah Hakcipta (c) terpelihara
© 2007 oleh mySPEED.com Sdn. Bhd